Tuesday, November 30, 2010

Masih Relevankah Gaji RM 1000?


"RM1000??" Jauh dibenak fikiranku memikirkan pelbagai faktor kepelbagaian dan pengamiran. Ah!! Tidak! Kemudian, "Bagaimana dengan permohonan awak ni? Adakah awak ingin bekerja disini?" Tanya pegawai penemuduga tersebut. Dengan pemberian kontrak bekerja selama 3 (TIGA) TAHUN!!!! Pusing kepala aku dibuatnya.

Pagi tadi aku baru lepas pergi i/v sebagai Juruteknik di Menara Johor Bahru. Taknak cakap la bangunan apa nanti ada yang terasa. Kalau ada sesaper yang nak tau boleh email kat aku. Actually aku apply chargeman (Maintenance Supervisor), tapi katanya chargeman belum ada keperluan, yang ada cuma technician. Dah setahun aku jadi gelandangan, duit di poket tunggu orang 'sedekah' je. Bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nak tak nak terpaksa la aku jawab "YA" walaupun aku rasa cam nak tendang je bangunan tu sampai tumbang. Diskriminasi.

Lepas i/v aku terus balik rumah, baring-berguling-berfikir (tangan atas kepala). RM 1000, jap aku nak bajet:

Rokok (seludup): 1 x 2.50 x 30 = 75.00
Minyak Kereta (Ron 95): 1 x 5 x 30 = 150.00
Makan/Minum: 1 x 20 x 30 = 600.00
EPF: 11% x 1000 = 110.00

-------------------------------------------------------
RM 1000 - RM 935.00 = RM 65.00
-------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------

Balance RM 65!!!??

TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111

Latest Events - We Make Zines

Scenezine Circle's Notes

Sub-News